Saturday, March 19, 2011

Menyesatkan diri di Kuala Lumpur (2)

*Lagu suicide note oleh disagree sedang berkumandang*

Semalam pergi Kuala Lumpur sekali lagi. Seminggu ni asyik berkeliaran ke sana je.

1. Jumpa saya punya abang angkat, adik angkat kepada ayah saya. A doctor tu. Wife dia pun doctor jugak. Haha. Sweet couple. Lepas buat beberapa check-up, nasihat itu ini, bagi jadual pemeriksaan, kami turun ke kafe.

"How's life?" wah mentang-mentang la study kat overseas, nak speaking saja. Dan saya pun terpengaruh dengan beliau kebelakangan ni. Asyik nak tulis dalam bahasa orang putih saja.

"More hell than heaven." gelak.

"Haha. It's not your dad fault." senyum.

"Sure not." senyum balik.

Dia bangun untuk order minuman dan makanan. "Macam biasa?"

"Ya, but please, no tea." senyum sinis.

"Sure." gelak sambil geleng.

2. Hari jumaat, petang, adalah waktu paling neraka untuk naik kenderaan awam terutamanya komuter dan LRT. Bukan tahap sardin atau tuna, tapi dah tahap, uh, macam masuk dalam blender lepas tu dikisar dengan kelajuan maksimum. Dan bodohnya rakyat Malaysia ialah, berebut nak masuk dalam tren tapi tak bagi orang dalam tren keluar dulu.

3. Meet my 'Batrisya'. Ahaks.

"Sorry hari tu tak dapat teman. Dah jumpa doc?"

"Dah." senyum. menoleh ke sebelah kirinya. Najwa leka dengan PSP.

"Hoi orang perempuan. Dapat PSP, leka ye!" menyergah.

"Lah abang Shuk ni, biar la. Orang dah level 5 dah ni. Kacau je!" mencebik.

'Batrisya' geleng. "So, mana arah tuju?"

"Your choice, lady."

"Pakcik kentuki."

"Haha. Tipikal."

"Whatever." mencebik. kakak adik dua kali lima saja!

Selalunya dia yang temankan saya jumpa doktor tu. Sebab bukan orang lain pun. Bau-bau bacang dengan doktor tu jugak. Lepas sembang-sembang itu ini, bergerak ke stesen komuter. Jam dah hampir pukul 7.

"Nak balik dah ke?" dia bertanya. Najwa masih leka dengan PSP.

"Taklah."

"So buat apa kat stesen ni?"

"Lah, awak pulak buat apa kat stesen ni?"

"Awak ni kan!" mencebik. lagi.

"Haha. Tunggu waktu maghrib la."

Dia senyum. Kemudian datang 3 orang manusia, duduk bersebelahan kami. Dua orang perempuan seorang lelaki.

"Alah, nanti esok la kita pergi lagi. Kan dah janji nak dinner sama diorang malam ni? Takut tak sempat sampai rumah." si lelaki bersuara.

"Yela, yela." si perempuan bertudung mencebik.

Saya memandang 'Batrisya'. Kemudian buat isyarat mata : haha. kuat merajuk macam awak. 'Batrisya' pandang saya dengan isyarat : mana ada!

"Come on honey...jangan la camni..." si lelaki memujuk. si perempuan bertudung masih memasamkan muka. kemudian si lelaki memandang kepada perempuan tak bertudung. perempuan tak bertudung menjungkit bahu. Si lelaki terpandang kiosk di depannya. Dia senyum. Bangun dan membeli sesuatu.

"Nah." si lelaki menghulur lolipop saiz besar. besar gila kot. saiz tapak tangan!

"Apa bagi-bagi candy?" si perempuan bertudung masih masam.

"Sebab saya harap kemanisan candy ni dapat meresap ke wajah awak."

si perempuan bertudung senyum segaris. "Haha. You are so sweet, babe."

"Sweet like candy rain, kan?" si lelaki ketawa.

"Perasan!" si perempuan bertudung menjegilkan mata.

"Helo, tau la dah kahwin, jangan la buat drama kat sini. Respect sikit orang solo." si perempuan tak bertudung mencelah.

"Haha. Jadi kahwin la cepat-cepat adikku sayang." kata si perempuan bertudung. Kemudian mereka bangun dan berlalu, setelah si lelaki membeli tiket.

4. Selesai solat, hantar 'Batrisya' pergi stesen LRT.

"Susah-susah je hantar sini. patutnya awak balik terus je lepas solat tadi."

"Lah, bukan jauh mana pun."

"See you next week."

"Minggu depan takda check-up la."

"Oh? hehe. ok. jangan lupa makan ubat then."

"Ya, sure."

"Lepas ni nak pergi mana?"

"Menghayati Kuala Lumpur di waktu malam."

"Yela tu. Ke...nak jumpa 'si cantik manis'?"

"Haha. Kalau tunang dia nampak, haruslah saya mati. Dream on la. Mana pernah contact selain dari facebook."

"Don't play with fire."

"I play with larva. Dari gunung merapi punya."

Sama-sama gelak. Saya ambil cokelat dari beg. Upah sebab tolong temankan saya.

"Nah. Black forest. your favorite." dia ambil kemudian menyimpan dalam beg. kemudian mengeluarkan sesuatu dari beg.

"Nah. maybe not your favorite, but you can try." saya geleng kepala. lolipop. bila masa pulak dia beli?

"Thanks. you are so sweet. like candy rain." meniru ayat lelaki tadi.

"Copycat!" dia senyum.

"Nope. copypaste." kami sama-sama gelak.

"alaaa...Najwa punya?" najwa memecah keriuhan kami berdua.

"kongsi la dengan akak kamu. dia tak larat nak habiskan tu."

Najwa senyum. kemudian mereka menghilang. saya menghantar dengan pandangan. Jalan-jalan di Kuala Lumpur. Malam, takda apa pun. Lampu melimpah menerangi kota. tu je. dan sedikit keriuhan. sama ada orang bekejar balik atau yang berpeleseran mencari hiburan. Jalan sampai pasar seni. ramai orang. weekend. biasa la.

5. tak faham kenapa waktu malam, baik LRT atau komuter, tak ada pengumuman ketibaan di setiap stesen. ala yang bunyi "stesen kuala lumpur. stesen kuala lumpur" tu. kalau waktu siang ada pulak. tak relevan langsung. sepatutnya waktu malam la kena buat pengumuman. sebab malam orang kurang beri perhatian. ada yang letih balik kerja, ada yang letih dating, ada yang dari kampung. tak kurang jugak yang tertidur atau khusyuk membaca. sampai beberapa orang terlepas stesen. kan ke menyusahkan tu?

6. assignment bertimbun. bak kata kak nanato dan kak tika ; menerakakan diri dengan assignment.

Happy weekend all!


pascaskrip : huhahuha.

3 Pandangan:

  1. haha. macam2 betul cerita. drama pun ada..

    p/s: lama xdengar word 'bau-bau bacang'/

    ReplyDelete
  2. ah...lolipop...
    sweet..! ^^

    ReplyDelete
  3. aku tak sabar nak final supaya assignment tak menggangu hidup aku. hehehehehe

    ReplyDelete

Pandangan ikhlas anda sangat dihargai. Terima kasih kerana sudi singgah! (^__^)