Pagi tadi ayah call. Dengan nada tegas ayah tanya "kau ke yang masukkan duit dalam akaun aku?". Dan dengan nada tak bersalah saya jawab "eh entah". Padahal dah jelaslah saya yang masukkan sebab 2 minggu lepas pernah minta nombor akaun ayah. Hahaha. Ayah dengan sinisnya menyindir. "banyak sangat ke duit kau?". Tak la banyak. Tapi kalau ada rezeki lebih, apa salahnya hulur pada orang tua, ye tak? Saya ketawa saja ayah menyindir saya.
"Ada duit tu simpan la. Duit ptptn tak masuk lagi kan? Buat belanja minggu awal ni pakai la dulu duit gaji tu."
"Yela."
"Jangan asyik beli novel aja!"
"Errr. Tak janji."
Hahaha. Ayah sudah masak dengan perangai anaknya yang satu ini. Ada duit lebih saya akan habiskan dengan beli novel dan buku. Kemudian baru fikir pasal benda lain. Dan kadang-kadang dah terlewat pun. Sebab kadang-kadang dah beli buku baru saya ingat saya ada benda penting nak kena beli atau bayar. What the. Hahaha.
"Bila aku cakap kau gelak. Haih. Dah la. Aku tau kau mesti dah beli banyak novel kan?"
"Ada la sikit."
"Simpan la duit tu. Nanti nak kahwin. Dah la asyik beli novel orang. Novel sendiri entah bila nak keluar."
Senyap. Alah sentap tau. Hahaha. Tapi biasalah. Orang tua kalau menegur memang kasar, tapi diorang sayang, kan?
"Dah la aku nak sambung kerja. Terima kasih duit tu. Boleh bayar bil-bil kat rumah ni. Kau tu kalau balik cuti pakai elektrik banyak."
"Yela...tu orang ganti balik la tu."
"Alah kau ingat cukup ke?"
Nak jugak jawab, rm300 tak cukup ke? :P "Hahaha. Yela orang tau tak cukup."
"Belajar elok-elok. Jangan asyik baca novel je."
"Yela."
"Alah lepas tutup telefon ni kau sambung baca novel jugak."
"Hahahaha!"
"Derhaka. Dah pergilah sambung baca."
"Orait."
Hahaha. Agaknya bila dah kahwin dan ada anak, macam mana la saya nak berkomunikasi dengan anak ye? Eceh. Harap-harap dapat jumpa isteri yang suka buku jugak :D *gatal*
Menarik.
ReplyDeleteHm,ketika membeli buku pasti tidak terfikir perkara lain. Asal ada duit dalam tangan, adalah buku yang akan tercapai walaupun tanpa niat membeli pada mulanya...
Hm, pasti ada buku karangan kamu suatu hari nanti.
betul tu. kalau ada duit lebih, lupa dah pasal makan ke topup ke apa ke...buku jugak yang dicari. hehehe.
DeleteinshaAllah. moga kamu juga begitu :)
amboi, point dah ada. nak yg suka baca buku.kih kih kih.
ReplyDeleteharus la. kalau dia tak suka buku, maknanya dia tak suka aku :P
Deletehahaha...ada duit lebih,masukkan sikit duit ek.nk beli novel jgk..heheh..
ReplyDeleteeh, slalunya dpt psgn yg berlwnan..mesti dpt yg xsuka bce novel n slalu kena bebel nt..hehehe
hahaha... :P yeke berlawanan? huks~
Deleteyeaa...selalunya lah dapat yg berlawanan kan? kerana itulah pasangan suami isteri itu dikatakan saling melengkapi. :D
Delete^^
ReplyDeletecomel kot kalau laki suka baca novel...
heee~
novel bahasa inggeris ada?
pinjam!! hee~
novel bahasa inggeris jarang ada...tapi kalau ada, novel yang susah orang nak faham. hahaha :P
Deletekemain gatalnye :P
ReplyDeletecik wadihah suka buku tak? :)
Deletesame here , selalu jugak kena bebel dengan parents sebab berkepit dengan buku and novel je :p
ReplyDeletekita serupa :P
Deletedah lama laa baca Tinta , akhi ketinggalan! hehe
ReplyDeleteRingkasan Ihya' Ulumuddin, sy ada jugak! tapi tebal sikit, keluaran Telaga Biru :)
Lebih baik dari 'membazir' membeli buku/novel daripada beli benda yang tidak berfaedah yang lain.
ReplyDeleteSaya juga kadang-kadang mendustai janji saya, dengan membeli novel tidak kira masa, tempat. Bak kata pensyarah saya tidak salah beli dan simpan dirak dari terlepas begitu saja selepas kehabisan stok.
Kalau isteri pun nak yang jenis suka buku,hah bertarung la pulak nanti koleksi buku siapa yang cecah siling dulu.Kehkeh!
ReplyDeletehaa. betul la tue apa kate ayah awak. bace buku orang ke. buku sendiri bila nak siap? hehehe. :)
ReplyDeletemakin penuh la rumah dengan novel. hahaha. :D
hehehehehe
ReplyDeletedah boleh buat perpustakaan mini dah nih